Wednesday, November 3, 2010
MEMILIK KEDIAMAN MENGIKUT BAJET ANDA...
Seri Iskandar Developemnt Corporation (SIDEC)....di Seri Iskandar
Rumah yang selesa dan menarik di kawasan kejiranan yang aman serta berdekatan dengan pelbagai kemudahan pastinya menjadi idaman setiap pembeli. Bagaimanapun, tidak semua beruntung dapat memiliki kediaman idaman yang mempunyai ciri-xiri yang diimpikan berikutan nilai rumah yang tinggi akibat daripada nilai hartanah yang mahal terutama di kawasan tengah-tengah kawasan bandar.
Langkah pertama sebagai pembeli yang bijak,kita perlu seldik dulu kawasan hartanah yang bakal kita miliki. Tidak salah jika pada hari cuti terutama di hujung minggu, kita mengambil kesempatan bersiar-siar sambil meninjau kawasan perumahan yang menarik perhatian dengan melawat rumah contoh atau pejabat pemaju perumahan.
Cantik Hati Sdn. Bhd.
Lebih menguntungkan jika pemaju yang mengadakan hari terbuka yang membolehkan bakal pembeli melihat rumah contoh dan mendapatkan nasihat dari segi pinjaman kewangan dan undang-undang daripada pihak yang dijemput pemaju pada hari berkenaan. Jadi secara tidak langsung pembeli mendapat gambar awal mengenai kawawasan rumah yang bakal dibeli selain mengetahui bajet yang diperlukan untuk memiliki kediaman idaman.
Tidak dinafikan nilai hartanah yang tinggi menyumbangkan kepada peningkatan harga rumah. Lazimnya. hartanah di kawasan tengah bandar yang dipenuhi pelbagai kemudahan termasuk laluan masuk yang banyak dan berdekatan dengan pusat perniagaan yang mempunyai nilai yang tinggi. Tentunya, harga rumah akan turut mahal. Mungki harga seunit pangsapuri di kawasan bandar sama harganya dengan rumah teres duatingkat di kawasna pinggir bandar atau rumah banglo di kawasan luar bandar.
Huang Yan Berhad
Bagi yang belum mendirikan rumah tangga atau bilangan ahli keluarga yang kecil atau pasangan yang baru berkahwin tentunya tinggal di pangsapuri tiga bilik tidak menjadi masalah dan masih berasa selesa. Tetapi bagi yang mempunyai keluarga yang besar, tentunya lebih selesa jika dapat memiliki rumah yang lebih luas dan mempunyai laman untuk anak-anak bermain. Kediaman yang dekat dengan tempat kerja sering menjadi pilihan kerana ia dapat menjimatkan kos pengangkutan termasuklah minyak kenderaan dan tol. Selain itu, pilihlah kawasan kediaman yang mempunyai jalainan pengangkutan awam ataupun lebuhraya bagi memudahkan urusan.
Kejiranan yang aman juga perlu diambilkira selain kemudahan asas seperti padang permainan,surau, masjid, sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak juga memainkan peranan penting bagi pemilihan rumah kediaman. Pilihlah pemaju perumahan yang mempunyai rekod yang baik bagi mengelakkan kita membeli rumah dengan harga yang mahal. selain mengelakkan kerugian akibat kelewatan rumah disiapkan sehingga menyebabkan pembeli terpaksa menanggung beban hutang dengan institusi kewangan.
Rekabentuk rumah juga memainkan pernana kerana kita bukan tinggal di rumah itu sehari dua tetapi bagi tempoh yang lama. Jika rumah yang cantik dan selesa tentunya kehidupan harian akan lebih sempurna. Jadi, buatlah pilihan yang terbaik dan gunakan pendekatan yang lebih produktif semasa melih sesuatu kawasan perumahan yang hedak diduduki....
editing drpd Berita Harian....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment